Rabu, 23 Februari 2011

V

Hello kengkawan.

Now i'm listening Thank You Allah by Maher Zain.

Yaaa dengar lagu ni buatkan aku bersyukur terhadap beberapa perkara.

Bukan beberapa tapi semua.

Yaa semua perkara.

Bersyukur kerana aku diberi peluang untuk hidup dekat dunia ni.

Mengetahui bagaimana perlakuan manusia dibumi.

Belajar bagaimana untuk hidup.

Jumpa kawan-kawan.

Jumpa lawan.

Bergaul dan memahami sekeliling manusia.

Dapat merasai waktu bosan dan seronok.

Dapat melihat gempulan awan-awan indah di waktu petang yang mendung.

Dilahirkan sebagai manusia yang sempurna tubuh badan dan sifatnya.

Membuatkan aku begitu rasa bersyukur kepada Allah S.W.T

Kepada mama dan abah maafkan aku kalau banyak membuat salah padamu.

Maybe aku makin besar makin kurang bermesra dengan mama dan abah.

Kekadang aku ego bila mama dan abah bagi nasihat.

Bajet aku ni boleh hidup berdikari.


Last-last aku pun sekali lingkup.

LOL

Kepada mereka-mereka yang masih menuntut ilmu.

Tuntutlah dengan rasa bersungguh-sungguh.

Jangan jadi macam aku.

Baru nak menyesal dikemudian hari.

Gunakan duit yang kamu semua ada pada jalan yang betul.

Fikir secara matang sebelum membeli atau menggunakan duit tersebut.

Bagi mereka yang kaya-raya.

Jangan kamu fikir kamu boleh guna duit bapak kamu untuk 30 tahun akan datang.

Percayalah tanpa ilmu harta kamu akan habis juga akhirnya.

Sementara umur masih muda tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya.

Nikmatilah hidup kamu sebaiknya.

Jangan menyesal di hari tua.

Jangan sampai terpacul ayat "menyesal aku tak belajar sungguh-sungguh dulu..." dari mulut kamu.

Kalau ianya terjadi nescaya kamulah orang paling bodoh pada masa itu.

Orang paling bodoh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan