Selasa, 3 Mei 2011

#13

Kau ada impian ? Aku ada. Dan aku pasti semua orang ada impian masing-masing. Masa kecil dulu aku ada impian nak jadi macam Kumpulan KRU. Aku bercita-cita mahu menjadi ahli musik. Ahh kau tahu sajalah umur 3 tahun memang tak matang kalau nak dikirakan. Tapi seingat aku, aku puas dengan ketika itu aku memegang gitar mainan sambil berdiri atas meja depan t.v sambil nyanyi lagu KRU. Mama aku cakap aku dulu just nyanyi sekerat-sekerat dan yang paling aku tak tahan, mama cakap aku nyanyi 'termagik.. termagik.. termagik.. termagik..' . Actually aku lupa lagu apa tapi dalam lirik dia ada nyanyi pasal magik. LOL

Dan bila aku meningkat usia kesekolah rendah. Aku dengan adik aku selalu berangan nak jadi superhero. Waktu tu seingat aku ada cerita Bajak Hitam, Cybercop, dan Power Rangers Mighty. Habis satu rumah aku dengan adik kami kerjakan. Tapi kami pandai, lepas dah berterabur kami kemas balik. Oh tak lupa juga scene tembak-menembak aku dengan adik. Pakai peluru plastik je pun. Tapi waktu aku masih kecil memang abah banyak belikan pistol mainan, pistol air, senapang air. Maybe nak galakkan aku masuk kadet polis. Entahlah.

Then bila masuk kesekolah menengah. Aku dengan member-member berangan nak tubuhkan band. Kira aku jadi vokalis, ada satu drummer, satu bassist, dan satu guitarist. Ahli kami ada enam orang sebenarnya. Dua orang jadi vokalis, aku dan seorang lagi member yang kini dah habis pengajiannya. Yang aku paling tak boleh lupa bila kami first time practise jamming dekat studio Shah Alam seksyen 7 baru. Masa tu memang aku dengan geng lain bersemangat nak jamming nyanyi apa bagai. Dengan kadar satu jam 25 ringgit kami pun pecahkan kepada 6 orang. Sorang lima ringgit dan ada sorang tak bayar. Masa kami jamming banyak lagu hujan. Maklumlah scene indie time tu tengah naik. Adalah dalam 5 lagu sempat kami jamming. Then bila kami nak balik tu. dan dan tali guitarist putus. Aku syak masa tu abang yang jaga tempat tu memang sengaja nak suruh kami bayar 5 ringgit sebagai ganti rugi. Tak silap aku lepas kami semua main tali guitar tu elok je. Pui

Lepas masuk Universiti aku rasa dah takde impian. Walaupun dengan impianlah dapat membuatkan kita terus hidup. Kadang-kadang aku tengok bila orang yang dah bekerja, serta-merta diorang lupa pada impian  yang diorang tanam. Yang mana dulu impian nak buat istana pasir buatan sendiri, nak kahwin di Venice, nak naik basikal fixie sama-sama dengan awek. Ada yang tercapai dan ada yang tergendala.

Tapi siapa kata bila dah busy-busy macam ni impian tak boleh dicapai ? Siapa kata tak boleh meh sini jumpa aku.

3 ulasan:

  1. takut impian tak tercapai :\

    BalasPadam
  2. makin tua makin fikir rumit makin sempit imaginasi.

    BalasPadam
  3. aku masih meneruskan impian aku walaupun aku dah bekerja bertahun lamanya..keje cuma sebagai platform untuk terus gapai impian.

    BalasPadam