Selasa, 5 Julai 2011

#16

hari ni aku nak bercerita mengenai benda yang aku rasa keliru untuk dibincangkan. Mungkin tertumpu keluarga yang sederhana macam aku. tapi aku percaya, keluarga yang kaya raya pun bukannya hidup senang setiap masa. lagi-lagi kalau si bapak atau emaknya ada musuh dalam selimut lagi naya.

hurm aku nak bagi pendapat mengenai wang yang dibelanjakan. bagi keluarga macam aku biasalah duit pun bukan selalu ada tapi macam mane kalau keluarga yang seiras aku tapi mempunyai keinginan memiliki yang cukup tinggi. sebagai contoh mak kau nak bagi duit belanja pun terkial-kial, nak isi minyak pun terpaksa kira-kira, nak shopping baju pun save budget gila, tapi bila sampai keinginan tu mak bapak korang sanggup tambah rumah depan belakang. aku tahu diorang dapat loan dari bank tapi cuba korang bayangkan kalau nak bagi duit belanja anak-anak pun dah terkial-kial ini pula nak renovate rumah depan belakang.

kadang-kadang anak ni bukan apa. diorang nak beli makanan sedap-sedap pun tak dapat tapi mak bapak sibuk beli atau tambah apa-apa yang rasanya sudah ada atau sudah selesa. renovate rumah misalnya, kalau keluarga kau ada 6 orang duduk pula rumah 2 tingkat bukan selesa ke namanya tu ? kenapa perlu nak renovate rumah kalau benda-benda kecil dan penting macam duit belanja anak-anak, bayar duit api air pun terkial-kial nak bagi atau bayar ?

pressure juga kalau mempunyai ibu-bapa yang kuat mencarut. ibu-bapa yang patut dijadikan contoh tapi sering kali mencarut depan anak-anak. puncanya sebab marah atau geram pada anak-anak. sikit sikit keluar perkataan sial, babi, bodoh. anak-anak yang dengar pun tekanan tahu ? lagi-lagi kalau yang sudah berumur 18 tahun ke atas. hilang respect anak dekat mak bapak macam ni. serius.

apa salahnya sebut masyaallah ke, astaghfirullah ke, atau selawat yang baik-baik. yang marah pun jadi tenang yang kena marah pun tak berapa takut. kepada yang bakal jadi ibu-bapa, ingatlah kamu tu bakal jadi contoh pada anak-anak. tunjukkanlah sikap yang sopan dan baik depan anak-anak dan selalulah berbincang suami isteri kalau ada masalah kewangan atau sebaliknya.

keluarga anda tanggungjawab anda, jangan lari daripada tanggungjawab kelak nanti anak-anak pun bakal terikut macam kamu. rezeki ada dimana-mana. hurmmm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan