Rabu, 10 Ogos 2011

#17

Apa khabar semua. Semua ? ada ke pembaca ? hahaha. lama juga aku tak meng-update blog ni. busy bebenor dik oi. Mula-mula aku nak ucapkan Selamat Menyambut bulan Ramadhan. Mudahan ramadhan kali ni dapat dipergunakan dengan sebaiknya.

Bagi aku manusia tidak pernah terlepas daripada bebanan hutang. Macam aku, aku sendiri pun sedang dibebani dengan hutang. Hutang duit. Bagi aku sendiri hutang duit lebih besar impaknya daripada hutang yang lain. Bagi aku lah. Sebab yelah, zaman sekarang manusia memang perlukan duit. Perlukan duit untuk hidup. Tapi kalau kau nak kata kau jenis alim yang selalu bertawakkal pada tuhan sepanjang masa. Pergi mampos.

Prinsip aku walaupun kau hutang sebanyak mana pun tapi jangan sesekali kau pinjam Ah Long. Beban kau mungkin hilang seketika tapi sehari dua hari tiga hari kemudian bebanan lain akan datang tapi dengan berkali-kali ganda. Bila dah main dengan Ah Long komfemlah ada duit bunga. Ah Long pun bukan betul selalu. Dan bagi aku takkan sekali betul. Even kau dah buat perjanjian mulut dengan dia itu ini itu ini. Last-last kau tengok macam mana dia mainkan kau. Kau sorang dia ramai. Kau nak panggil polis ? Kau yang cari pasal kau nak minta tolong polis ? Hadoi.

Berbalik pada tujuan asal, sebenarnya aku ada hutang sekitar 3K. 3K bersamaan 3 ribu. Banyak bukan ? Aku pun tak tahu macam mane nak selesaikan hutang ni. Aku pun tengah tanya kawan-kawan kerja mana yang kosong. Yelah kalau dah ada hutang takkanlah nak duduk senang-lenang dekat rumah kan ? Kau tu muda lagi. Jadi tolong buat perkara yang boleh membuatkan kau terlepas daripada bebanan macam ni. Bukan pergi merempat sana-sini, hisap benda sana-sini. Serupa anjing punya perangai.

Kalau aku tak dapat cari kerja yang sesuai dalam masa 4 bulan mungkin aku akan guna plan B. Mungkin aku akan biarkan hutang tu begitu sahaja sampai aku digantung satu sem. So masa aku digantung tu bolehlah aku cari kerja nak buat tambang hutang. Itupun kalau terpaksa guna plan B. Buat pengetahuan kau hidup memang kena ada plan. Kalau jenis yang takde plan ni selalunya otak jenis malas berfikir. Lembab. Buat susahkan negara je.

Buat pembaca doakan aku dapat selesaikan masalah ni. Dan kalau korang nak aku, barulah sekarang aku nak dekat dengan tuhan. Kelakarkan ? Macam ni lah manusia yang fasik macam aku. Tang senang tak ingat apa-apa tang susah baru nak ingat tuhan. Masa mula-mula belajar taknak belajar sungguh-sungguh. Nak enjoy sangat. Mindset rezeki tu ada di mana-mana. Hah hambek kau sebiji. Menyesal tak sudah.

Kepada adik-adik yang mungkin baru sahaja memulakan sem 1 di universiti. Aku nak ingatkan sem 1 & 2 kau belajar betul-betul. Bagi pointer sebaik mungkin. Nak naik pointer ni bukan senang. Kalau sem 2 kau dapat 2.21 tapi sem 3 kau dapat 4 flat. Percayalah pointer kau naik atleast 0.5 je kot.

Ah sudah membebel pulak aku.

2 ulasan:

  1. semua orang dengan masalah masing2...apa yg termampu merepek bagai sendiri nak minta tolong mmg susah yang nak tolong ...last2 sendiri juga tanggung...aku faham ini situasi.

    BalasPadam
  2. hutang wajib dibayar walaupon tak dituntut....!!in short,tak dinamakan kehidupan kalo tak ada masalah...cheer your up!

    BalasPadam