Selasa, 5 April 2011

#7

Selepas beberapa bulan aku berblog, kini blog aku dah ada 2 orang follower ! yup termasuk diri aku sendiri. Aku ingat takde sape nak follow blog macam ni, so special thanks kepada sesumpah. weyh blog kau ada dalam list tu hah. Dah lama gak aku pollow blog kau.

Hurm so far setakat ni takde pape isu atau cerita nak dikongsi tapi just nak mention pada sesiapa yang baca aku punya tulisan ni please tolong jangan sentap okey ? Kalau nak sentap-sentap meh sini aku nak pukul kau. Cilake perangai. Minggu ni harap rancangan nak hiking bukit broga menjadi. Minggu lepas dah lah boring gila takde lepak mane-mane. Semua busy. Bodoh.

Oh lagi satu yang aku tak puas hati sebab rancangan AF 9. Cilake ape kalau ada artis realiti sebelum ni masuk AF 9 ? Kejar sangat popular tu kan ? Yang aku perasan si Erul tangan patah tu bekas artis Mentor kot dan si Azrie poyo nak mampus tu dari Mystarz LG. Nampak sangat kau gilakan populariti. Cuba jadi macam Yuna tu, bakat semulajadi dan dia pun tak mengharap sangat dekat rancangan realiti ni. JUst publish video dekat Youtube je duh. Dan sekarang dia dah berjaya dah pun. Ada pesona antarabangsa lagi. Artis macam ni yang kita nak. Suara sedap, pandai explore, berdikari. BUkan macam si budak dua orang ni. Sorang gigi berterabur lagi sorang poyo nak mampus ! Tak malu ke woi ? Pui !

1 ulasan: